Friday, September 3, 2010

IPG Kampus Ipoh Johan KIK Negeri Perak 2010



IPG Kampus Ipoh telah mengambil bahagian dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-23 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung pada 2dan 30 Julai 2010.

IPG Kampus Ipoh melalui Kumpulan TEMAN dari Jabatan Teknologi Pendidikan telah dinobatkan sebagai JOHAN dengan projek e-Chopp (Mengatasi Kelemahan Pengurusan Tempahan Makmal dan Bilik Khas Pengajaran dan Pembelajaran). Secara keseluruhan 17 Kumpulan daripada pelbagai agensi kerajaan Negeri Perak telah mengambil bahagian dalam kategori pengurusan antaranya ialah Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Jabatan Pendaftaran Negara Perak, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Polis Diraja Malaysia.

Kumpulan KIK IPG Kampus Ipoh telah menerima Anugerah Y.A.B Menteri Besar Perak dan hadiah wang tunai RM3000, Piala Pusingan, Trofi serta Sijil. Kumpulan KIK ini, seterusnya memikul tanggungjawab sebagai wakil Negeri Perak bagi Kategori Pengurusan ke Pertandingan KIK Peringkat Kebangsaan. Fasilitator Kumpulan TEMAN iaitu Dr. Abdul Hadi B. Mat Dawi telah dipilih sebagai fasilitator terbaik bagi kategori Pengurusan dan membawa pulang wang tunai berserta trofi dan sijil.

Saturday, November 14, 2009

Sistem Pendaftaran Pelajar Dalam Talian **e-Daftar**

Sistem ini dibangunkan untuk membantu pihak HEP, Disiplin, Grafik, Asrama dan Pengurusan IPG mengendalikan maklumat pelajar secara berkesan. Sistem ini telah merangkul beberapa anugerah kualiti pada 2008 kerana kecekapan dan keberkesanan sistem tersebut. IPG Kampus Ipoh Telah merangkul tempat pertama dalam Anugerah Kualiti 2008 Kategori pengurusan.

Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Mock Cek dari Menteri Pelajaran



Di antara Ahli Kumpulan Inovasi yang hadir Hari Kualiti KPM 2008







Di bawah adalah sebahagian antara muka sistem yang digunakan.


Muka Utama




Paparan Untuk HEP


Monday, November 9, 2009

Sistem Perancangan Dalam Talian **e-Takwim**

e-Takwim merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan IPG membuat perancangan tahunan pada setiap tahun. Projek ini telah mendapat tempat pertama pertandingan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Nov 2009 Peringkat Kebangsaan -Anjuran BPG-IPG.

Kumpulan Inovasi e-Takwim

Menurut keperluan MS ISO 9001:2000, tiga bulan sebelum bermula tahun yang berikutnya, pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menyediakan perancangan aktiviti dan jawatankuasa-jawatankuasa. Oleh itu sistem ini dapat membantu pihak pengurusan IPG menyediakan perancangan tahunan dengan lebih cepat dan mudah. Sebelum sistem ini diperkenalkan, masa yang diambil untuk menyediakan takwim dan jawatankuasa adalah selama sebulan, tetapi dengan perlaksanaan sistem ini masa yang diambil lebih cepat. Sistem ini terdiri dari dua modul utama iaitu Modul Takwim dan Modul Jawatankuasa.
Modul Jawatankuasa adalah senarai nama ahli jawatankuasa yang dicalonkan oleh ketua-ketua Jabatan. Setiap ketua jabatan akan mencalonkan nama-nama pensyarah dalam satu-satu jawatankuasa melalui web. Sistem akan memaparkan nama jawatankuasa dan analisis bilangan jawatankuasa yang diduduki setiap pensyarah

IPG Kampus Ipoh mempunyai jumlah kakitangan keseluruhan menghampiri jumlah 350 orang. Bilangan jabatan dan unit adalah sebanyak 21 buah. Manakala bilangan jawatankuasa yang dibentuk menghampiri 90 jawatankuasa. Dengan jumlah kaktitangan, jabatan dan jawatankuasa yang dinyatakan tadi, bebanan penyediaan takwin dan senarai ahli jawatankuasa, amat berat dan merumitkan. Oleh itu dengan pengenalan sistem ini, taburan aktiviti dan jawatan kepada kakitangan dapat dibuat secara sama rata dan adil mengikut keperluan.

Modul Takwim adalah berkaitan dengan kalendar perancangan aktiviti setiap jabatan di IPG. Ketua-ketua jabatan akan memasukkan aktiviti yang dirancang melalui web ke server. Sistem akan menjanakan kalender aktiviti bagi keseluruhan IPG Ipoh untuk dijadikan rujukan dalam bentuk kalender dan laporan

Wednesday, October 21, 2009

Sistem Pengurusan Aset Dalam Talian **e-SPA**

Sistem pengurusan aset dalam talian adalah projek pendaftaran aset alih kerajaan. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan penyelidikan dan inovasi. Sehubungan itu, beberapa kejayaan dalam pertandingan inovasi dan anugerah kualiti telahpun berjaya diraih



Lawatan Panel Penilai Negeri Perak ke IPG Kampus Ipoh



eSPA adalah salah satu projek inovasi yang telah dihasilkan oleh kumpulan inovatif ipgipoh yang mampu memberi impak kepada organisasi dari segi impak masa, kos dan cekap.


Muka Utama


Muka Utama Selepas Log Masuk

Menu Cetakan
Untuk maklumat lanjut hubungi info@ipip.edu.my