Friday, September 3, 2010

IPG Kampus Ipoh Johan KIK Negeri Perak 2010



IPG Kampus Ipoh telah mengambil bahagian dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-23 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung pada 2dan 30 Julai 2010.

IPG Kampus Ipoh melalui Kumpulan TEMAN dari Jabatan Teknologi Pendidikan telah dinobatkan sebagai JOHAN dengan projek e-Chopp (Mengatasi Kelemahan Pengurusan Tempahan Makmal dan Bilik Khas Pengajaran dan Pembelajaran). Secara keseluruhan 17 Kumpulan daripada pelbagai agensi kerajaan Negeri Perak telah mengambil bahagian dalam kategori pengurusan antaranya ialah Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Jabatan Pendaftaran Negara Perak, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Polis Diraja Malaysia.

Kumpulan KIK IPG Kampus Ipoh telah menerima Anugerah Y.A.B Menteri Besar Perak dan hadiah wang tunai RM3000, Piala Pusingan, Trofi serta Sijil. Kumpulan KIK ini, seterusnya memikul tanggungjawab sebagai wakil Negeri Perak bagi Kategori Pengurusan ke Pertandingan KIK Peringkat Kebangsaan. Fasilitator Kumpulan TEMAN iaitu Dr. Abdul Hadi B. Mat Dawi telah dipilih sebagai fasilitator terbaik bagi kategori Pengurusan dan membawa pulang wang tunai berserta trofi dan sijil.